suria

G-Dragon buka akaun IG baharu sempena hari jadi ke-34

G-Dragon menyambut ulang tahun ke-34 dengan membuka IG baharu.

BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-34 yang jatuh pada 18 Ogos, bintang kpop G-Dragon mengejutkan peminat apabila membuka akaun Instagram baharu iaitu @fanplusonedotcom.

Allkpop melaporkan akaun tersebut memuat naik foto mengucapkan selamat hari jadi kepada penyanyi berkenaan dan sehingga kini sudah mendapat 70,000 pengikut.

G-Dragon

IG peminat yang dibuka sudah pun mendapat 70,000 pengikut kurang daripada 24 jam ia dilancarkan.

Peminat mula membuat spekulasi kemunculan akaun tersebut adalah bermaksud G-Dragon bakal melancarkan album solonya tidak lama lagi.

Untuk rekod, akaun Instagram G-Dragon yang asal iaitu @xxxibgdrgn mempunyai 22 juta pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan KAIST, bakal mengajar subjek kepimpinan

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon tubuh yayasan bantu perangi masalah penyalahgunaan dadah

Sementara itu, anggota kumpulan Big Bang itu sedang sibuk mengadakan persiapan konsert solonya yang bakal diadakan di Gocheok Sky Dome di Seoul pada November depan.

Lokasi yang boleh memuatkan 16,000 penonton itu sudah ditempah untuk konsert tersebut namun pihak pengurusan G-Dragon masih belum mengesahkan tentang persembahan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain