ANAK sulung penyanyi Ahmad Dhani tidak kisah sekiranya dua adik lelakinya berkahwin terlebih dahulu. Al Ghazali atau Ahmad Al Ghazali Köhler, 26, berkata, tidak timbul isu 'langkah bendul' malah dia tidak percaya dengan mitos di sebalik perkara tersebut. "Saya tidak mempunyai masalah jika dua adik lelaki saya berkahwin terlebih dahulu. "Sekiranya jodoh mereka sudah sampai, siapa kita untuk menghalangnya?," katanya. Hubungan Dul dan Alyssa kembali terjalin selepas berpisah. Al Ghazali yang sebelum ini sudah berpisah dengan Alyssa Daguise dilaporkan sudah kembali bersama sebagai kekasih. Manakala dua adik lelakinya iaitu El Rumi, 25, kini sedang bercinta dengan Syifa Hadju manakala adik bongsunya Dul Jaelani, 23, sudah beberapa tahun menjalinkan hubungan dengan Tissa Biani. Dalam pada itu, Ahmad Dhani dilaporkan berkata mahu pernikahan kedua-dua anaknya itu dilakukan pada hari sama namun cadangan itu dibantah bekas isterinya, Maia Estianty. Maia berkata, kepercayaan mengadakan majlis perkahwinan serentak dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada rumah tangga anak-anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali tak jadi kahwin, dapat jawapan selepas solat Istikarah ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali mahu terus kahwin selepas putus cinta, cari calon isteri solehah Enggan ambil pusing tentang kepercayaan mengarut itu, Al Ghazali bagaimanapun menyerahkan kepada keluarganya tentang urusan pernikahan adik-adiknya. "Saya tidak mahu tahu tentang mitos... Mana yang baik saya ikut sahaja," katanya. Sebaliknya Al Ghazali berkata, sebagai abang dia hanya mempunyai satu kebimbangan sama ada El Rumi dan Dul Jaelani sudah bersedia bergelar seorang suami. Al Ghazali berkata, dia berharap dua adiknya itu berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan berkahwin kerana ia bukan perkara main-main. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!