WALAUPUN sudah tiada dendam, penyanyi Maia Estianty tetap dengan pendirian menjauhkan diri daripada bekas suaminya iaitu komposer terkenal Ahmad Dhani. Kata Maia, 48, dia tidak melihat sebarang keperluan menjalinkan hubungan baik dengan Ahmad Dhani agar luka lamanya tidak kembali berdarah. "Saya sama sekali tiada niat untuk berbaik dengan dia sebab lebih baik jangan rapat sangat supaya lebih mudah untuk saya pulih semula. Maia berpesan agar anak-anaknya sentiasa mendoakan ayah dan ibu tiri mereka. "Kalau jumpa saya takut hubungan jadi kembali tegang, lebih baik tak payah!," katanya. Pun begitu, Maia berkata, dia sudah lama memaafkan semua perbuatan Ahmad Dhani dan menyifatkan apa yang berlaku adalah perkara silam. Malah dia sentiasa berpesan kepada anak-anaknya agar mendoakan ibu tiri mereka yang juga bekas teman baiknya, Mulan Jameela. ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty siapkan diri bergelar janda, bukan sebab masalah rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani tak pernah menyesal dipenjara dan bercerai dengan Maia Estianty "Saya selalu pesan agar doakan isteri ayah mereka sebab dia juga sudah banyak membantu menjaga mereka semua," katanya. Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008 berpunca daripada orang ketiganya iaitu Mulan Jameela. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, 24, Ahmad El Jallaluddin Rumi, 22 dan Dul Jaelani, 21. Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Mussry pada 29 Oktober 2018 di di Masjid Camii Tokyo, Jepun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!