PENYANYI dan pelakon Jennifer Lopez dilaporkan memfailkan perceraian ke atas suaminya iaitu Ben Affleck di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Selasa. Berita itu secara tidak langsung mengesahkan keretakan rumah tangga pasangan popular itu yang dilihat sudah sampai ke penghujungnya. Jennifer, 55, menyenaraikan tarikh perpisahan mereka pada 26 April lalu, meskipun dia memfailkan perceraian pada 20 Ogos yang juga merupakan ulang tahun kedua perkahwinan mereka. Jennifer fail cerai terhadap Ben pada Selasa. Portal hiburan The Hollywood Reporter melaporkan sudah cuba menghubungi wakil Ben, 52, dan Jennifer untuk mendapatkan pengesahan berita perceraian pasangan itu. Sebelum ini, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat. Jennifer dan Ben juga sudah mula dilihat memberi fokus kepada kehidupan masing-masing sejak berpisah. ARTIKEL BERKAITAN: Belum bercerai, Jennifer Lopez dan Ben Affleck mula jalani kehidupan solo ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’ Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua Ben. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!