SUSULAN kes rogol dan kematian melibatkan seorang doktor wanita, pelakon John Abraham tampil memberikan pandangannya berhubung kejadian hitam yang berlaku di India itu. Menerusi rakaman podcast bersama Ranveer Allahbadia, John menyifatkan negara itu sudah tidak selamat lagi untuk wanita, kanak-kanak dan haiwan. Justeru itu sebagai rakyat yang berjiwa patriot dia bertanggungjawab untuk mengkritik kegagalan yang berlaku di negaranya. Katanya lagi, golongan lelaki sepatutnya menjaga serta melindungi wanita dengan baik dan bukannya melakukan kekasaran. John ketika ditemu bual dalam sebuah podcast baru-baru ini. "Wanita, kanak-kanak dan haiwan tidak lagi selamat di India. Lelaki negara ini perlu memahami cara melayan wanita dengan baik. Mereka sepatutnya menjadi pelindung," katanya. Dalam pada itu, John juga kecewa melihat haiwan-haiwan di India turut menerima ancaman daripada manusia. Kata John dia berharap dapat melakukan perubahan dalam memelihara dan menjaga kebajikan haiwan dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Demi bergandingan dengan Shah Rukh Khan, Rakhi Sawant berbikini ketika uji bakat ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan jadi sasaran bunuh kumpulan gangster, beli kenderaan kalis peluru demi keselamatan "Satu-satunya matlamat saya adalah untuk melakukan perubahan dalam masyarakat. Saya mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada haiwan. "Keadaan haiwan di India juga semakin teruk. Sungguh tragis bahawa tiada undang-undang digubal untuk keselamatan mereka," ujarnya. Pada 9 Ogos lalu, penemuan mayat seorang doktor wanita berusia 31 tahun dengan berlumuran darah di sebuah hospital menjadi perhatian masyarakat dunia. Menurut laporan media India, doktor yang dibunuh itu ditemukan di dewan seminar hospital dan didakwa dia pergi untuk berehat selepas menjalani syif kerja yang panjang. Bedah siasat mengesahkan terdapat serangan seksual dan ibu bapa mangsa mengesyaki anak perempuan mereka dirogol beramai-ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!