SELEPAS bercerai dengan isterinya iaitu Wina Natalia pada Julai lalu, penyanyi Indonesia Anji mengambil keputusan melakukan vasektomi iaitu pembedahan kecil pemandulan untuk lelaki. Kata Anji atau Erdian Aji Prihartanto, 46, tindakan itu juga atas permintaan anaknya yang tidak mahu dia memiliki cahaya mata lain. Keputusannya itu bagaimanapun mendapat kecaman banyak pihak sehingga ada yang menganggap dia melakukan pembedahan itu kerana mahu bebas mahu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. Anji mahu lebih fokus pada kerjaya. "Ini adalah permintaan anak. Dia bercakap dalam video di depan ibunya. "Tetapi orang fikir ia sebab saya boleh 'buang' sana sini. Itu bukan sebabnya. Semuanya demi anak," katanya. Tambah Anji dia kini lebih fokus kepada kerjaya seni selain mahu membesarkan anak-anak selepas bercerai. ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty tak mungkin berbaik dengan Ahmad Dhani, pesan anak-anak ingat ibu tiri dalam doa ARTIKEL BERKAITAN: Ditendang suami ketika sarat hamil, kawan baik anggap kehidupan Cut Intan Nabila macam dalam neraka Dalam masa sama, dia juga meminta orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum atas apa yang diperkatakan sebelum ini. "Sekarang ini saatnya saya fokus besarkan anak-anak dan kerjaya. "Kalau betul saya nak buang sana sini, ada cara lain untuk kawal. Jangan kaitkan hal ini dengan pemikiran yang buruk," ujarnya. Anji dan Wina berkahwin pada Julai 2012 dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata bersama. Untuk info, vasektomi merujuk pembedahan kecil dilalui lelaki untuk mencegah kehamilan. Ia membabitkan proses memotong saluran sperma dalam alat kelamin lelaki untuk menghalang persenyawaan sperma ketika ejakulasi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!