suria

Ashanti dan Nelly timang cahaya mata lelaki, pilih nama Kareem Kenkaide Hayes

Ashanti dan Nelly timang bayi lelaki.

DALAM diam pasangan penyanyi Ashanti dan rapper Nelly selamat menimang cahaya mata lelaki pada 18 Julai lalu.

Pasangan itu yang mendedahkan perkara itu pada Rabu memaklumkan memilih nama Kareem Kenkaide Hayes untuk anak mereka.

Ashanti yang teruja dengan kelahiran Kareem memberitahu sudah lama mengimpikan bergelar ibu turut menayang bentuk tubuhnya selepas sebulan bersalin di Instagram.

Ashanti teruja kini bergelar seorang ibu.

Ashanti teruja kini bergelar seorang ibu.

"Agak lucu bagaimana perancangan hidup tak selalunya tepat pada masanya. Saya sudah lama menanti untuk bergelar ibu.

"Saya bangga dengan bentuk badan yang saya miliki selepas melahirkan anak," katanya.

Ashanti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam-diam, rupanya dah enam bulan Nelly dan Ashanti berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Nelly Sangkal Dakwaan Merogol

Pada Jun lalu, People melaporkan pihaknya menerima sumber dokumen yang mengesahkan Ashanti, 43, dan Nell, 49, sudah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan selebriti itu sebelum ini pernah mengumumkan tentang pertunangan mereka dan bakal menyambut kelahiran anak pertama namun tidak mendedahkan bahawa mereka sebenarnya sudah berkahwin.

Untuk rekod, Nelly dan Ashanti mula menjalinkan hubungan pada awal tahun 2000 sebelum berpisah pada 2013.

Pasangan ini menjalinkan semula hubungan pada 2023 dan mengumumkan pertunangan dan bakal menimang cahaya mata selepas setahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain