suria

Selepas panas isu curang, isteri pemain bola sepak dipecat jawatan CEO

Zize redha dengan nasib menimpa dirinya.

NASIB malang menimpa penyanyi dan personaliti media sosial Azizah Salsha apabila dia dipecat daripada memegang jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat kosmetik gara-gara kontroversi curang.

Keputusan menamatkan tugas Azizah atau lebih mesra dipanggil Zize, 21, itu dilakukan kerana enggan nama syarikat dan produk terjejas disebabkan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

830 x 533 (7)

Azizah Salsha dipecat daripada kerja.

Malah, pihak syarikat syarikat berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan rasmi dan memberikan notis penamatan kerjasama itu pada 21 Ogos lalu.

“Pihak pengurusan daripada produk Jiera dengan ini memberitahu bahawa secara seluruhnya pada 21 Ogos ini segala kerjasama urusan perniagaan bersama Azizah Salsha akan dihentikan sertama-merta," katanya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Follow TikTok perunding perkahwinan, netizen syak Selena Gomez sedang rancang majlis kahwin

Zize yang baru menyandang jawatan sebagai CEO untuk syarikat itu sejak 8 Julai lalu.

Tambah syarikat itu lagi, mereka meminta agar mana-mana pihak tidak melibatkan Azizah dengan syarikat tersebut kerana tidak lagi bernaung dibawah pengurusan mereka.

“Kami menyatakan bahawa seluruh kegiatan dan urusan yang melibatkan Azizah Salsha tidak lagi berada dalam urusan Jiera,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain