suria

Beri dos berlebihan kepada Yoo Ah In, doktor didenda RM131,000 langgar etika perubatan

Kes dadah melibatkan Yoo Ah In mendapat perhatian ramai.

SEORANG doktor didenda sebanyak kira-kira RM131,000 atas kesalahan memberikan dadah jenis propofol secara berlebihan kepada pelakon Yoo Ah In.

Keputusan tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Daerah Seoul Central, Korea Selatan pada Khamis terhadap doktor yang dikenali sabagai A atas dakwaan tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan Yoo Ah In.

"Sebagai doktor yang mengendalikan kes dadah, A sepatutnya sedar betapa serius pengambilan dadah psikotropik, namun memberi dos berlebihan tanpa merekodkan maklumat terperinci atau membuat laporan kesihatan.

2097105

Yoo Ah In mengaku bersalah mengambil dadah.

"A memberikan propofol dos tinggi tanpa menulis nota terperinci, malah menulis preskripsi palsu tanpa memeriksa pesakit secara langsung.

"Penyalahgunaan dadah untuk keuntungan mencerminkan etika yang lemah," jelas hakim ketika persidangan.

Doktor berkenaan juga boleh dikenakan hukuman penjara namun pihak memutuskan hanya perlu membayar denda kerana tiada sebarang rekod jenayah sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihukum penjara kerana terlibat dadah... Yoo Ah In menyesal, berjanji jadi manusia berguna

ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Ah In mohon maaf, lantik peguam terkemuka Korea Selatan kendali kes dadah

Selain A, seramai lima orang doktor lain juga telah juga telah didakwa atas kesalahan sama dan mereka kini masih dalam proses rayuan selepas mahkamah memutuskan hukuman kepada setiap mereka.

Sementara itu Yoo Ah In pula bakal menjalani hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis berkenaan yang dilakukan sejak 2020.

Dalam siasatan sebelum ini pelakon berkenaan mengakui kesalahan tersebut dan memberitahu dia mengambil bahan terlarang itu tanpa memudaratkan orang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain