suria

Cut Intan Nabila beri bayangan bakal bercerai, luahan sempena ulang tahun perkahwinan ke-5 sentuh perasaan 

Cut memberi bayangan rumah tanggannya dengan Armor bakal berakhir.

PERSONALTI media sosial Cut Intan Nabila meemberi bayangan bakal mengakhiri kemelut rumah tangga yang dihadapinya dengan penceraian.

Kata Cut, dia menyifatkan ulang tahun peerkahwinan yang disambut pada tahun ini merupakan kali terakhir dia bergelar isteri kepada suaminya iaitu Armor Toreoder.

“Apapun yang kita miliki tidak selamanya bersama kita. Pada akhirnya selalu ada batas di setiap perjalanan.

2856145

Video Armor membelasah Cut tersebar di media sosial.

“Selamat lima tahun perkahwinan yang terakhir, aku akan terus berusaha kuat untuk kebahagiaan Afkar, Zara dan Zhea,” katanya.

Cut meluahkan isi hatinya menerusi hantar di Instagram bersempena ulang tahun perkahwinan yang kelima mereka.

Sedih dengan nasib yang menimpa rumah tangganya, Cut bagaimanapun tetap menghargai pengalaman sepanjang melayari perkahwinan bersama Armor.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bertahan kerana anak, Cut Intan Nabila tunjuk bukti dipukul suami... Tergamak curang dengan kawan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ditendang suami ketika sarat hamil, kawan baik anggap kehidupan Cut Intan Nabila macam dalam neraka

Jelasya, dia tetap memaafkan kesalahan suaminya meskipun Armor tidak pernah berbuat perkara sama.

“Terima kasih untuk lima tahun ini, untuk suka, duka dan sakit yang terpendam. Maafkan jika cerita kita harus disaksikan oleh khalayak ramai.

“Walaupun tak pernah terucap kata maaf, aku sudah memaafkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Intan bertindak memuat naik rakaman video memaparkan dirinya dipukul Armor di kediaman mereka menerusi laman Instagram miliknya.

WhatsApp Image 2024-08-24 at 10.09.54 AM

Luahan Cut di IG menyentuh perasaan.

Intan turut mendedahkan suaminya bukan sahaja melakukan penderaan fizikal malah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun perkahwinan mereka.

Armor kini dipercayai berada dalam tahanan polis selepas berjaya ditahan di sebuah hotel pada 15 Ogos lalu.

Untuk rekod, Intan dan Armor mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain