TIADA angin tiada ribut, nama personaliti media sosial Atta Halilintar heboh diperkatakan bakal berkahwin dua. Lebih mengejutkan, wanita yang dituduh bakal calon isteri keduanya adalah pelakon Ria Ricis yang kini sudah bergelar janda. Kesal dengan dakwaan berkenaan, Atta menyifatkan penyebaran fitnah yang dilakukan pihak tertentu sebagai keterlaluan. Atta kesal dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. "Fitnah apa lagi ini? Makin melampau! "Dan yang menakutkan ramai pula yang percaya," katanya menerusi hantaran di InstaStory. Enggan berdiam diri, Atta memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya. "Saya dalam proses itu laporkan pihak yang sebarkan fitnah tersebut," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat akaun media sosial fitnah Aaliyah Massaid hamil luar nikah ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah ‘segunung’ wang tunai buat isteri, bukti cinta Atta Halilintar terhadap Aurel Sementara itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Atta untuk melaporkan pemilik akaun yang menuduhnya kepada pihak berkuasa. Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel Hermansyah pada 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, enam bulan. Manakala, Ria pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Teuku Ryan pada 2021 namun jodoh mereka tidak panjang selepas bercerai pada 3 Mei lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!