suria

Sentuh isu sensitif, netizen kecam Kim Jong Kook gurau kasar dengan Ji Ye Eun

Dikecam gara-gara gurau kasar dengan Eu Eun.

PELAKON Running Man iaitu Kim Jong Kook mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana bergurau kasar dengan pelakon Ji Ye Eun sehingga menyentuh isu sensitif dalam sebuah program.

Dalam rakaman itu, Ye Eun dilihat seperti tersinggung dengan percakapan pelakon lelaki itu yang menyifatkan dirinya semakin berisi dan gemuk.

Gurauan itu dilontarkan kepada Ye Eun sewaktu mereka sedang menjamah roti semasa ditemu bual dalam satu program.

2467906

Jong Kook dikecam kerana gurau kasar dengan Ye Eun.

"Wajah awak sekarang ini nampak kelihatan sedikit berisi," kata Jong kepada Ye Eun.

Gara-gara teguran Jong Kook itu, Ye Eun terus berpura-pura menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah menghampiri 50 tahun, Kim Jong Kook belum putus asa cari calon isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jong-kook tunai janji, derma hasil YouTube RM250,000 kepada 2 hospital

Selepas melihat Ye Eun menangis, Jong Kook segera menenangkan pelakon itu dan memberitahu dia masih lagi kelihatan jelita meskipun berbadan gempal.

Melihat insiden ini berlaku, rata-rata peminat Ye Eun kesal dengan tindakan Jong Kook dan menyelar tindakan pelakon berkenaan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain