SEBELUM ini kisah Youtuber terkenal Indonesia, Thariq Halilintar mengerjakan ibadah haji ketika usia dua bulan pernah menjadi sebutan ramai. Terbaharu ibu kepada Thariq iaitu Geni Faruk sekali lagi berkongsi kisah menarik anaknya itu yang dianggap mempunyai keistimewaan tersendiri. Kata Geni, dia dan suaminya telah memilih nama Thariq ketika anaknya masih dalam kandungan dan belum mengetahui jantina sebenarnya. Thariq berpeluang menunaikan ibadah haji ketika masih bayi. "Dia sudah diberikan nama sebelum lahir. Ketika itu saya belum buat pemeriksaan tetapi suami sudah berikan nama Thariq sempena nama Thariq Bin Ziyadh yang menakluk Andalusia. "Ketika usia tiga bulan, selepas menunaikan haji dia sudah menjejakkan kaki ke Jabal Thariq," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi ARTIKEL BERKAITAN: Bergurau tentang malam pertama Thariq, Atta Halilintar dianggap kurang ajar Geni turut mengukap pelbagai kisah menarik tentang anaknya itu termasuk hampir melahirkan ketika dia dalam pesawat ke Brunei Darussalam. "Dalam usia enam bulan dia sudah menglilingi 30 buah negara. Saya bawa dia dalam bakul bayi. "Saya hampir bersalinkan dia dalam pesawat tapi sempat mendarat dan di bawa ke hospital di Brunei," ceritanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!