suria

Selepas kejayaan ‘Mamushi‘, Megan Thee Stallion beri bayangan duet bersama RM BTS

Megan dan BTS pernah berkolaborasi menerusi lagu Butter versi remix.

PENYANYI rap Megan Thee Stallion memberi bayangan bakal melancarkan lagu kolaborasi bersama anggota kumpulan BTS iaitu RM tidak lama lagi.

Perkara itu menjadi bualan hangat peminat apabila Megan memuat naik status di platform X miliknya dengan menggunakan emoji berbentuk kuda, hati berwarna ungu dan jelingan mata.

Peminat mula membuat spekulasi ia adalah bayangan kolaborasi bersama BTS memandangkan emoji berbentuk hati ungu cukup sinonim dengan kumpulan popular berkenaan.

1725060101-20240830-bts

Peminat teruja dengan berita kolaborasi Megan dan BTS.

Apatah lagi, sebelum ini Megan dan BTS pernah membuat perjanjian melakukan dua kolaborasi selepas penyanyi rap itu muncul dalam versi remix lagu Butter.

Lebih menguatkan spekulasi apabila akaun X BTS turut mengulang siar status dibuat Megan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi intim bersama kekasih, penyanyi lelaki kena penjara 18 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game‘ buat rayuan kurangkan hukuman, Oh Young Soo menyesal lakukan gangguan seksual

Bagaimanapun dalam hantaran tersebut, emoji koala ditambah merujuk kepada RM yang mana karakter BT21 adalah KOYA the koala.

Megan ketika ini sedang popular dengan lagu Mamushi iaitu duet bersama bintang rap Jepun, Yuki Chiba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain