suria

Rakam aksi intim bersama kekasih, penyanyi lelaki kena penjara 18 bulan

Seorang penyanyi lelaki dikenakan hukuman penjara.

SEORANG penyanyi lelaki yang juga merupakan bekas anggota sebuah kumpualn dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan merakamkan aksi ranjang kekasihnya secara haram.

Mahkamah Daerah Seoul Barat menjatuhkan hukuman tersebut terhadap penyanyi yang dikenali sebagai A itu pada Jumaat.

A juga diperintahkan untuk menjalani program pemulihan selama 40 jam selain tidak dibenarkan bekerja dengan mana-mana institusi berkaitan kanak-kanak, remaja dan orang kelainan upaya sepanjang tempoh tiga tahun.

Interior of an empty courtroom with gavel, law books and sounding block on the desk.

Hukuman dijatuhkan terhadap penyanyi lelaki oleh Mahkamah Seoul Selatan.

Dalam pertuduhan berkenaan, A dikatakan telah merakam aksi teman wanitanya ketika mereka sedang melakukan hubungan intim.

Kelakuan tersebut dilakukan sebanyak 18 kali dalam tempoh Julai 2022 hingga Mei tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil NCT dituduh ganggu wanita sejak 6 tahun lalu, siap pasang kamera tersembunyi dan ugut

ARTIKEL BERKAITAN: Nama terpalit kes jenayah seksual, Taeil digugurkan daripada NCT

Penyanyi berkenaan menggunakan penutup mata agar teman wanita tidak menyedari aksi mereka dirakamkan dengan kamera.

Mahkamah juga membuat pertimbangan hukuman berkenaan memandangkan A tidak pernah menyebarkan video berkenaan dan dia juga tiada sebarang rekod lampau atas kesalahan sama.

Meskipun laporan media tempatan tidak menyebut sebarang nama, namun kes ini dikaitkan dengan Choi Woo Young dari kumpulan TST yang pernah ditahan atas dakwaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain