BEKAS kekasih Tamara Tyasmara mengaku membenamkan kepala anak pelakon itu ke dalam kolam renang sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut. Yudha Arfandi menjelaskan tindakannya itu kerana mahu Raden Andante Khalif Pramudityo, 6, menjalani latihan pernafasan agar dia tidak panik sekiranya berlaku sebarang kecemasan ketika berenang. "Betul... Saya hanya mahu memberinya latihan pernafasan. Saya tidak mahu dia berasa panik. Kematian Dante memberi kesan besar buat Tamara. "Saya bertindak berlebihan ketika mengajarnya. Saya mahu dia pandai berenang dan tidak berasa kekok," katanya. Yudha menjelaskan perkara itu ketika perbicaraan kes pembunuhan Dante di Mahkamah Negeri Jakarta Timur pada Khamis. Pengakuan itu dibuat selepas mahkamah menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan Yudha terhadap Dante. Pada perbicaraan itu, Yudha mengaku tidak mempunyai sebarang kelayakan atau pengalaman sebagai jurulatih renang. ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara belum terima hakikat, pulang rumah lewat malam elak teringat anak ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan bunuh, Tamara Tyasmara dedah sikap buruk bekas kekasih Dante yang merupakan anak tunggal kepada Tamara disahkan meninggal dunia pada 27 Januari lalu dipercayai akibat lemas. Beberapa hari selepas kematiannya, Yudha ditahan pihak berkuasa sebagai suspek utama penyebab kematian kanak-kanak tersebut kerana dia individu terakhir bersama Dante di lokasi kejadian. Menurut laporan polis, Yudha didakw amembenamkan kepala Dante sebanyak 12 kali sehingga sehingga kanak-kanak itu lemas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!