suria

Nama terpalit kes jenayah seksual, Taeil digugurkan daripada NCT

Taeil sudah tidak lagi bersama NCT selepas namanya digugurkan pihak agensi.

PENYANYI Taeil disingkirkan daripada kumpulan NCT selepas namanya didakwa terbabit dengan jenayah seksual serius.

Agensinya, SM Entertainment dalam satu kenyataan turut mengesahkan perkara tersebut dan Taeil, 30, juga sudah dimaklumkan tentang keputusan tersebut.

"Kami sedar dakwaan terhadap Taeil melakukan jenayah seksual adalah berat dan kami memutuskan Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktiviti bersama NCT.

size NP 1 - 2024-08-29T101103.846

Taeil didakwa terlibat dalam kes jenayah seksual.

"Kami sudah membincangkan perkara ini dengan Taeil dan putuskan dia akan meninggalkan kumpulan NCT," katanya.

Pada masa sama label itu menambah penyanyi itu akan memberi kerjasama penuh dengan pihak polis bagi membantu siasatan.

Malah SM Entertainment memohon maaf atas kontroversi yang membabitkan artis naungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT dituduh tiduri 3 pelayan bar di Jepun, foto depan hotel buat peminat berang

ARTIKEL BERKAITAN: Haechan NCT kena saman, ditangkap hisap rokok dalam studio latihan

“Pada masa ini, Taeil sedia bekerjasama dalam siasatan polis. Kami akan kongsi kenyataan tambahan semasa siasatan berjalan.

“Kami memohon maaf atas kontroversi yang ditimbulkan oleh artis kami,” jelasnya

Taeil merupakan sebahagian daripada NCT yang memulakan kerjaya pada tahun 2016.

Kumpulan itu kini mempunyai lebih dua dozen ahli yang dibahagikan kepada beberapa subunit, termasuk NCT 127, NCT Dream dan NCT Wish.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain