suria

Taeil NCT dituduh ganggu wanita sejak 6 tahun lalu, siap pasang kamera tersembunyi dan ugut

Taeil dituduh menganggu seorang wanita selama enam tahun lamanya.

ANGGOTA kumpulan NCT Taeil rupa-rupanya sudah didakwa atas kesalahan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita pada Jun lalu.

Sumber polis memaklumkan Taeil, 30, dituduh melakukan jenayah berkenaan dengan meletakkan kamera tersembunyi di kediaman wanita berkenaan sejak enam tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Taeil turut didakwa menganggu wanita yang tidak diketahui hubungan sebenar di antara mereka selain mengugutnya.

size NP 1 - 2024-08-29T131458.298

Kes jenayah seksual dilakukan Taeil NCT sudah dilaporkan sejak Jun lalu.

Sebelum ini, polis menafikan khabar angin yang bertebaran di media sosial mendakwa Taeil melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja lelaki di bawah umur.

Pendedahan terbaharu itu mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan masyarakat di Korea Selatan.

Malah syarikat pengurusan NCT iaitu SM Entertainment turut menjadi sasaran netizen selepas agensi itu didakwa cuba menyembunyikan kes membabitkan Taeil sejak dua bulan lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT dituduh tiduri 3 pelayan bar di Jepun, foto depan hotel buat peminat berang

ARTIKEL BERKAITAN: Nama terpalit kes jenayah seksual, Taeil digugurkan daripada NCT

Tidak cukup dengan itu, netizen bengang apabila SM Entertainmeny turut membiarkan Taeil mempromosikan NCT 127 yang mahu membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Pada Rabu, SM Entertainment mengumumkan Taeil disingkirkan daripada kumpulan NCT kerana terlibat dalam kes jenayah seksual.

Untuk rekod, Taeil merupakan sebahagian daripada NCT yang memulakan kerjaya pada tahun 2016.

Kumpulan itu kini mempunyai lebih dua dozen ahli yang dibahagikan kepada beberapa sub unit termasuk NCT 127, NCT Dream dan NCT Wish.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain