PENYANYI terkenal Mariah Carey sudah lama tidak berhubung atau menziarahi kakaknya iaitu Alison Carey sebelum mendiang meninggal dunia. TMZ melaporkan hubungan adik-beradik itu memang sudah lama bermasalah disebabkan masalah ketagihan dialami Alison sejak sekian lama. Walaupun Mariah, 54, sudah cuba menyokong Alison dari segi emosi dan kewangan, tetapi ia tidak mencukupi untuk memulihkan kakaknya itu ke jalan yang lurus. Hubungan Mariah dan Alison tidak baik. Kemudian Mariah akhirnya bertindak memutuskan hubungan dengan Alison dan abangnya Morgan Carey yang tidak henti-henti menggunakan media bagi menjatuhkan kariernya. Sebaliknya penyanyi lagu We Belong Together itu hanya menghabiskan masa bersama ibunya, Patricia Carey yang sedang tenat sebelum kedua-dua mereka menghembuskan nafas terakhir hujung minggu lalu. Masalah di sebalik hubungan mereka juga pernah diceritakan Mariah menerusi biografi tulisannya The Meaning of Mariah Carey yang dilancarkan empat tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN : Remuk hati Mariah Carey terima berita duka, ibu dan kakak meninggal dunia hari sama ARTIKEL BERKAITAN : Nick Cannon masih memuji Mariah Carey - “Saya tidak akan berkahwin lagi, tiada yang dapat tandingi dia” Dalam buku berkenaan, Mariah menceritakan pelbagai sikap buruk Alison terhadapnya sejak dia kecil termasuk penderaan fizikal dan penyalahgunaan dadah. Malah Alison pernah cuba menjual Mariah kepada seorang bapa ayam ketika dia berusia 13 tahun. Mariah dalam buku sama turut memberitahu keluarganya hanya menganggap dia sebagai 'mesin ATM' apabila memerlukan wang dan langsung tidak memperdulikan perasaannya. Mariah hanya menemani ibunya sebelum Patricia meninggal dunia. Namun Alison menafikan semua dakwaan Mariah dan bertindak memfailkan saman terhadapnya selepas buku berkenaan dilancarkan. Untuk rekod, Patricia dan Alison dilaporkan meninggal dunia pada hujung minggu lalu. Bagaimanapun, Mariah enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai punca pemergian ibu dan kakaknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!