suria

Bukan fitnah... Nikita Mirzani ‘back up’ PA bongkar rahsia anak pernah hamil luar nikah

Nikita sahkah dakwaan Lolly pernah mengandung.

KRISIS keluarga Nikita Mirzani semakin hangat diperkatakan selepas pelakon itu mengesahkan berita mendakwa anak perempuannya iaitu Lolly pernah hamil.

Tiada istilah membuka pekung di dada, Nikita, memberitahu perkhabaran itu benar dan bukan tokok tambah.

"Buka aib apanya, apa yang dikatakan semua itu adalah benar dan tepat," katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

Sebelum ini, pembantu peribadi Nikita iaitu Mail Syahputra mendedahkan Lolly atau Laura Meizani pernah hamil luar nikah.

2110861

Perang di antaran Nikita dan Lolly bagi tiada penyudah.

Jelasnya, dia turut mempunyai bukti ujian kehamilan yang dilakukan remaja berusia 16 tahun itu.

Bagaimanapun, pendedahan itu disangkal Lolly malah mendakwa Mail sengaja melemparkan fitnah terhadapnya.

Tampil mempertahankan Mail, Nikita menjelaskan pembantu peribadinya tidak menipu memandangkan dia ada ketika masalah itu berlaku.

"Buat apa dia nak menipu, dia ada masa benda itu terjadi dan semua yang keluar dari mulut dia bukan fitnah," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi kaitan dengan anak sulung, Nikita Mirzani buang nama Lolly sebagai pewaris harta

Hubungan tegang di antara Nikita dan Lolly masih belum menemui titik noktah apabila anak beranak itu dilihat saling membuka aib di media sosial.

Perang tercetus apabila Lolly itu secara terbuka memihak kepada bekas suami ibunya iaitu Antonio Dedula selepas mereka bercerai.

Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain