suria

Tampil imej serabai, peminat terkejut tengok penampilan terkini Zayn Malik... “Macam pakcik jual shawarma”

Penampilan Zayn mengejutkan ramai pihak.

SELEPAS lama menyepi, penyanyi Zayn Malik kembali mencuri perhatian ramai dengan penampilan terkininya.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, Zayn dilihat tampil dengan imej messy atau kusut masai.

Malah, penyanyi yang terkenal dengan wajah kacak itu kini memiliki jambang yang lebat serta rambut tidak terurus.

Copy of Untitled (53)

Zain dahulunya terkenal dengan imej kacak.

Penampilannya membuatkan orang ramai hilang fokus terhadap nyanyian yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata terkejut melihat gaya terbaharu Zayn malah ada menyamakan dia dengan pelbagai gelaran.

Tidak hanya itu, mereka juga merasakan penyanyi itu seakan hilang arah selepas meninggalkan kumpulan One Direction.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat hilang fokus tonton ‘A Family Affair’, terganggu perubahan wajah Zac Efron

ARTIKEL BERKAITAN: Guna aplikasi dating cari kekasih, Zayn Malik dituduh penipu cuba perdaya wanita

"Dah macam pakcik jual shawarma aku tengok.

"Macam dah hilang arah mamat ini, dulu masa dalam One D okay lagi.

"Apa yang dah jadi dengan dia...Macam tak okay saja?" komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain