suria

Lelaki bukan selebriti jadi pilihan, Jo Bo Ah kahwin hujung tahun ini 

Jo bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya penghujung tahun ini.

SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, pelakon Jo Bo Ah akhirnya bakal menamatkan zaman solo penghujung tahun ini.

Bagaimanapun Bo Ah tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Berita gembira tersebut turut disahkan oleh syarikat pengurusan pelakon berkenaan iaitu Sidus HQ menerusi kenyataan rasmi kepada pihak media di Korea Selatan.

830 x 533 - 1

Ramai peminat hujani ucapan tahniah di media sosialnya.

"Jo Bo Ah sudah bertemu dengan seorang lelaki sangat dipercayai malah mereka sangat mencintai di antara satu sama lain.

"Jo Bo Ah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup bersama bakal suaminya dan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada musim luruh akan datang," kata kenyataan berkenaan.

Sidus HQ dalam kenyataan sama memberitahu pasangan berkenaan akan disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Seoul dan hanya dihadiri oleh kenalan rapat dan ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu buli ketika zaman sekolah selesai, Ji Soo kembali aktif sebagai pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho serius nak kahwin, pasang impian ada anak sendiri

Bo Ah atau Jo Bo Yoon, 33, sebelum ini popular menerusi beberapa drama seperti Goodbye to Goodbye, My Strange Hero, Forest, Military Prosecutor Doberman dan Destined With You.

Bo Ah dan teman lelakinya dilaporkan sudah lama menjalinkan hubungan cinta namun cukup jarang dilihat bersama di khalayak ramai.

Bakal suami Bo Ah juga bukan dalam kalangan selebriti sebaliknya lelaki biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain