NAMA isteri kepada pemain bola sepak, Pratama Arhan iaitu Azizah Salsha masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Terbaharu muncul pula video dia bersama peguam terkenal di Indonesia iaitu Hotman Paris Hutapea sedang berjoget dipercayai dirakam beberapa tahun lalu. Dalam video berkenaan, Hotman, 65, dilihat memakai tuala kimono berwarna merah dan Azizah hanya mengenakan pakaian kasual. Tangkap layar Azizah dan Hotman sedang berjoget. Malah Hotman menyifatkan Azizah atau mesra disapa Zize itu sebagai seorang wanita yang baik. "Video kenangan di Kintamani Bali semasa musim covid! "Azizah seorang wanita yang baik," katanya. Hotman memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN : Isteri pemain bola sepak tunai umrah selepas hangat isu curang, netizen doa semoga dapat hidayah ARTIKEL BERKAITAN : Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Arhan yang masih pertahankan isterinya. "Arhan, awak boleh berfikir tak? Kenapalah bernikah dengan Azizah. "Kasihan... pilih wanita yang tepat untuk jadi ibu kepada anak-anak nanti Arhan. "Apakah Arhan terlalu lurus? Banyak sudah cerita fasal isteri dia di media sosial," tulis netizen. Netizen persoal mengapa Arhan masih pertahankan Azizah. Sebelum ini kecoh di media sosial negara seberang mengenai Zize yang didakwa berselingkuh dengan Salim Nauderer iaitu kekasih pempengaruh Rachel Vennya. Namun Zize menyangkal tuduhan itu menerusi Instastory dan memberitahu rumah tangganya dalam keadaan baik. Untuk rekod, Azizah dan Pratama Arhan melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!