suria

Brooke Shields sedih anak-anak sudah membesar, mula bawa haluan sendiri

Brooke bersama kedua-dua anaknya.

MELIHAT anak-anak semakin meningkat dewasa, pelakon Brooke Shields meluahkan rasa sedih apabila kedua-duanya kini tidak lagi tinggal sebumbung bersamanya.

Shields, 59, bagaimanapun terpaksa akur melepaskan dua anaknya itu untuk melanjutkan pelajaran.

"Saya sangat takut sebenarnya apabila mereka semakin dewasa.

830 x 533 - 1

Brooke bersama dua anaknya kiri Rowan Francis Henchy dan kanan Grier Hammond Henchy.

"Saya khuatir tentang diri saya sendiri, sama seperti saya khuatir tentang mereka," kata Shields.

Pelakon The Blue Lagoon itu berkongsi perasaannya menerusi satu sesi temubual ekslusif dalam program 'People'.

Difahamkan anak perempuannya iaitu Grier Hammond Henchy memilih untuk menyambung pengajian di Wake Forest Universiti di Amerika Syarikat bersama kakaknya iaitu Rowan Francis Henchy.

ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey hanya ‘mesin ATM’ buat keluarga, tak ziarah kakak sebelum meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Justin dan Hailey timang cahaya mata lelaki, pilih nama Jack Blues Bieber

Meskipun berat menerima pemergian dua anaknya itu, namun pelakon ini sedar bahawa masa bersama anak-anak tidak lagi seperti dahulu apabila masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

"Tiba-tiba mereka bukan milikku lagi, saat saya menyedari bahawa mereka adalah manusia yang boleh hidup berdikari," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain