suria

Pelakon ‘Squid Game‘ buat rayuan kurangkan hukuman, Oh Young Soo menyesal lakukan gangguan seksual

Young Soo merasakan hukuman dikenakan padanya sebelum ini sangat berat.

PELAKON drama bersiri Squid Game iaitu Oh Young Soo merayu hukuman untuk kes salah laku seksualnya sebelum ini diringankan.

Pada 29 Ogos lalu, Mahkamah Daerah Suwon mengadakan perbicaraan pertama rayuan Young Soo dan peguam mewakili aktor itu berpendapat hukuman yang diberikan sangat berat.

Kata peguam tersebut, hukuman lapan bulan dengan penggantungan selama dua tahun adalah terlalu keras memandangkan dia sudah 'dihukum' oleh peminat atas tindakannya.

size NP 1 - 2024-08-30T161855.605

Young Soo merayu hukuman diringankan.

"Defendan disingkirkan daripada pelbagai projek filem dan sudah menghadapi penelitian sosial kerana kes ini," kata peguam.

Pada November 2022, aktor berusia 80 tahun itu didakwa kerana memeluk seorang pelakon secara tidak wajar, memegang tangan dan mencium pipi.

Menafikan pertuduhan itu, Young Soo bagaimanapun didapati bersalah pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game‘ kena penjara 8 bulan, bersalah cabul wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun, sangkal raba dan cium wanita tanpa kerelaan

Gara-gara kontroversi itu, Young Soo dilarang daripada muncul di saluran KBS.

Malah karakter Young Soo juga digantikan oleh pelakon Lee Soon Jae untuk watak sami Buddha dalam K-Movie, About Family walaupun dia telah menyelesaikan penggambaran adegannya pada ketika itu.

Perbicaraan mahkamah seterusnya dijadualkan pada 29 Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain