SUDAH dua bulan diletakkan dalam pasaran, banglo mewah milik Ben Affleck dan Jennifer Lopez bernilai RM290 juta masih gagal dijual. Seorang pakar hartanah menyifatkan harga berkenaan sebagai melampau dan berdasarkan kawasan, rumah itu hanya bernilai RM100 juta. "Rumah itu sepatutnya dijual pada harga RM100 juta sahaja. Lokasinya tak strategik dan sistem keselamatan juga lemah. Pasangan ini mungkin terpaksa menangung kerugian. "Kawasan kejiranan yang tak berpagar dan tiada pengawal keselamatan. Kebanyakkan rumah dekat situ pun dibina pada tahun 1970-an," katanya. Tidak hanya itu, rumah pasangan berkenaan juga tidak memiliki sebarang daya tarikan selain seni binanya ketinggalan zaman. Malah kos penyelenggaraan yang tinggi membantutkan niat pembeli untuk memiliki rumah agam tersebut. "Rumah itu sangat hodoh... Dibina pada tahun 2001 dengan reka bentuk biasa. ARTIKEL BERKAITAN: Belum bercerai, Jennifer Lopez dan Ben Affleck mula jalani kehidupan solo ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’ "Ia seakan-akan tak berguna di situ. Terlalu besar sehinggakan mahu selenggara rumah itu memakan modal sebanyak RM3.3 juta," katanya. Sebelum ini, rumah agam yang terletak di California itu dibeli pasangan tersebut selepas mendirikan rumah tangga pada 2022. Bagaimanapun, Ben dan JLo bertindak menjual rumah tersebut selepas perkahwinan mereka mula bergolak sejak Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!