TINDAKAN selebriti sensasi Indonesia Nikita Mirzani mendedahkan anak sulungnya iaitu Lolly pernah hamil anak luar nikah ketika muncul dalam program TV Sore Sore Ambyar sebelum ini mendapat perhatian umum. Ramai mengecam tindakan Nikita membuka aib anak perempuannya itu yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku walaupun hubungan mereka dingin ketika ini. Perkara itu turut mendapat perhatian pakar psikologi Dr. Lita Gading yang menegur aktres tersebut meminta dia berhenti bercakap hal keluarga kepada umum. "Berhenti bercakap keburukan orang lain. Kalau betul pun, ia sangat memalukan. Lita bimbang tentang kesihatan mental Lolly akan terganggu. "Tutuplah aib, lagipun itu adalah darah daging dia sendiri," katanya. Lita berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Lita percaya Nikita sudah memburukkan nama baiknya sendiri serta memberi kesan negatif kepada psikologi Lolly. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan fitnah... Nikita Mirzani ‘back up’ PA bongkar rahsia anak pernah hamil luar nikah ARTIKEL BERKAITAN: Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu “Apatah lagi kesan dunia digital dan psikologi kepada kanak-kanak yang anda buli,” jelasnya. Selain Nikita, Lita turut menegur Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) kerana menyediakan platform untuk pelakon itu mendedahkan aib anaknya. "Saya tidak boleh berhenti memikirkan KPI, kan? Bagaimana stesen televisyen mendedahkan masalah pengguguran, pra-kehamilan, menjaga lelaki, pergaulan bebas dan sebagainya?" ujarnya. Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!