KETIKA rumah tangganya sedang menjadi bualan hangat, pemain bola sepak Pratama Arhan dilihat berada di Makkah bagi menunaikan umrah. Bagaimanapun pemergian Arhan, 23, ke Tanah Suci tidak ditemani oleh isterinya iaitu Azizah Salsha tetapi bersama tiga individu dipercayai rakannya. Azizah atau mesra disapa Zize sebaliknya sedang menikmati percutian di Dubai dengan melakukan aktiviti lasak seperti terjunan udara dan menyelam di dalam akuarium gergasi. Menjengah ke ruangan komen Instagram Zize, rata-rata netizen mempersoalkan sikap wanita itu yang berseronok ketika suaminya sedang menunaikan umrah. Zize sedang bercuti di Dubai. Tambah geram apabila ketika Zize melakukan terjunan udara, dia dipeluk oleh lelaki yang merupakan pengajar bagi aktiviti itu. “Tebalnya muka, tak malu ke tunjuk seronok pada waktu macam ni? Suami awak sedang tunai umrah. “Awak dah ada suami bukan gadis lagi, jagalah kehormatan suami dan diri sendiri. “Kalau sebagai suami, pastinya akan rasa sakit hati tengok isteri kena peluk dengan lelaki lain,” tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Video joget bersama Hotman Paris tersebar, netizen bengang suami tetap pertahan Azizah Salsha ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pemain bola sepak tunai umrah selepas hangat isu curang, netizen doa semoga dapat hidayah Bapa Zize iaitu Andre Rosiade menjelaskan anak dan menantunya bakal melakukan ibadah itu bersama pada penghujung tahun ini apabila Liga Korea Selatan berakhir. Sebelum ini kecoh di media sosial negara seberang mengenai Zize yang didakwa berselingkuh dengan Salim Nauderer iaitu kekasih pempengaruh Rachel Vennya. Namun Zize menyangkal tuduhan itu menerusi Instastory dan memberitahu rumah tangganya dalam keadaan baik. Untuk rekod, Azizah dan Pratama Arhan melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!