SUSULAN ibunya ditangkap atas dakwaan mengendalikan pusat perjudian secara haram, pelakon Han So Hee pula menjadi sasaran kemarahan netizen. Tampil mempertahankan diri, So Hee menjelaskan penahanan ibunya itu langsung tiada kena mengena dengan dirinya. Malah jelas aktres tersebut, dia sendiri tidak mengetahui ibunya membuka perniagaan tersebut termasuk berita penahanannya. Wakil agensi memaklumkan Han So Hee tidak terlibat dengan perniagaan haram ibunya. "Tindakan itu adalah urusan peribadi ibunya dan So Hee mengetahui tentang hal ini pun melalui laporan media. "Sebagai anak sudah tentu dia berasa sangat kecewa. "Ingin kami tegaskan kedai judi haram itu tiada kena mengena dengan So Hee," kata wakil syarikat pengurusannya iaitu 9ato Entertainment. ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee diganggu lelaki ‘miang’ dalam bas, netizen salahkan baju terlalu menjolok mata Pada Isnin, pihak berkuasa dilaporkan menahan seorang wanita dalam lingkungan usia 50 tahun sebelum mengesahkan wanita dikenali sebagai Shin itu adalah ibu So Hee. Shin didakwa menjalankan perniagaan haram itu sejak 2021 di 12 buah lokasi berbeza. Bagaimanapun ini bukan kontroversi pertama membabitkan Shin apabila dia juga pernah didakwa menipu dan menyeleweng sejumlah wang dua tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!