suria

Cuai sehingga pesakit meninggal dunia, doktor psikiatri tangguh kahwin Hani EXID

Hani dan Jae Woong terpaksa menunda majlis pernikahan mereka.

PENYANYI Hani EXID dilaporkan menunda majlis perkahwinannya dengan seorang pakar psikiatri iaitu Yang Jae Woong yang sepatutnya berlangsung pada September.

Penundaan itu disebabkan Jae Woong terlibat dengan tuduhan cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor terhadap seorang pesakit.

"Jae Wook mengambil keputusan menunda pernikahannya dengan Hani yang dijadualkan pada bulan September.

"Namun, tarikh baharu masih belum ditentukan," katanya.

Copy of Untitled - 2024-09-04T132812.576

Pasangan ini masih belum beri kata putus tentang tarikh baharu.

Sementara itu, netizen meminta Hani membatalkan perkahwinannya dengan Jae Woong kerana merasakan lelaki berkenaan seorang tidak boleh dipercayai.

Malah ramai kecewa apabila Hani tetap ingin meneruskan perkahwinan tersebut walaupun bakal suaminya terlibat dalam kontroversi.

Sebelum ini, Jae Woong didakwa lalai menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian seorang pesakitnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami dituduh jadi punca kematian pesakit, netizen minta Hani EXID fikir semula keputusan kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Hani EXID bakal kahwin doktor psikiatri September depan

Pesakit itu dikatakan meninggal unia kerana tidak menerima bantuan perubatan yang diperlukan sepanjang 17 hari dirawat di hospital milik Jae Woong.

Susulan itu, Jae Woong tampil memohon maaf secara terbuka di media sosialnya dan menyatakan bakal bertanggungjawab bersama staf hospital yang terlibat.

Pada Jun lalu, Hani mengumumkan dirinya bakal melangsungkan perkahwinan bersama Jae Woong pada September.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain