PENYANYI Katy Perry mempunyai cara tersendiri mempamerkan rasa sayang terhadap suaminya iaitu pelakon Orlando Bloom. Kata Katy, dia sentiasa menghadiahkan ganjaran istimewa buat Orlando dengan melakukan hubungan intim bersama setiap kali aktor itu membantunya membuat kerja rumah. "Setiap kali lihat dapur bersih dan pinggan mangkuk semua siap dicuci... memang saya akan terus 'ajak' dia ke bilik tidur. Katy menghargai sikap Orlando yang ringan tulang. "Itulah cara saya tunjuk kasih sayang saya!" katanya. Tambah penyanyi itu, dia tidak mengharapkan kemewahan sebaliknya mahukan pasangan yang ringan tulang dan tahu melakukan tugas tanpa disuruh. "Saya tak perlukan kereta mewah, saya boleh beli sendiri dengan duit saya. ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry teruja terima kunjungan bekas isteri Orlando Bloom, Miranda Kerr ARTIKEL BERKAITAN: Demi bukti rasa cinta, Katy Perry dan Orlando Bloom terjun laut dari helikopter "Apa yang dia kena buat adalah bantu saya kemas rumah dan dia akan dapat hadiahnya. Senang!" ujarnya. Untuk rekod, Katy dan Orlando dilaporkan bertunang pada 2016 bagaimanapun mereka dikatakan sudah berkahwin secara senyap pada 2021. Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!