SELEPAS teruk menerima kecaman, pelakon Johnny Depp dikatakan telah membuat rawatan oral bagi memperbaiki bahagian gigi yang rosak. Menerusi satu video di Instagram milik @killerbartender ramai mula perasan akan perubahan pada warna gigi Depp yang lebih putih berbanding sebelum ini. Melalui hantaran itu, Johnny dilihat tersenyum sambil berjabat tangan dengan pemilik sebuah gerai. Keadaan terkini gigi Johnny Depp. Menarik perhatian apabila ramai memberikan komen menyatakan mereka kagum dengan keadaan gigi pelakon yang popular dengan watak Jack Sparrow itu. "Nampaknya dia sudah buat sesuatu dengan gigi dia! Nampak sangat cantik sekarang. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat geli tengok gigi kuning Johnny Depp ARTIKEL BERKAITAN: Pulih dari trauma... Johnny Depp dah ‘move on’, kecoh sedang bercinta dengan model cantik "Adalah saya benar sedang melihat bahawa gigi dia nampak lebih putih daripada sebelum ini? "Wah! gigi dia nampak semakin teratur," kata mereka. Antara komen yang ditinggalkan netizen. Sebelum ini, Johnny pernah digelar pengotor kerana keadaan giginya yang kuning dan mempunyai karang gigi. Ada yang sehingga tidak sanggup untuk melihat gambar tersebut dan berharap supaya aktor itu dapat membuat rawatan secepat mungkin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!