PEMINAT Mingyu mengamuk terhadap seorang wanita yang dituduh menyebarkan foto separuh bogel anggota kumpulan Seventeen tersebut. Gambar yang dirakam ketika sesi fotografi kempen sebuah produk jenama antarabangsa itu dianggap keterlaluan apatah lagi disebarkan tanpa pengetahuan Mingyu. Difahamkan foto tersebut dirakam oleh salah seorang pekerja jenama berkenaan yang berada di lokasi penggambaran sebelum memuat naik di laman sosial miliknya. Peminat berang privasi Mingyu diganggu. Menerusi gambar yang tersebar, Mingyu dilihat tidak berbaju yang menampakkan tubuhnya ketika mengganti pakaian. Tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang peminat sehingga jenama terkenal tersebut menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan tidak profesional pekerja mereka. "Isunya di sini adalah individu tersebut memuat naik gambar belakang tabir di laman sosial sendiri. Ia perkara bodoh! ARTIKEL BERKAITAN: Cuai sehingga pesakit meninggal dunia, doktor psikiatri tangguh kahwin Hani EXID ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ditahan buka 12 pusat judi haram, Han So Hee hilang kata-kata sebab kecewa "Saya boleh terima kalau ia bertujuan untuk iklan namun saya tak faham kenapa wanita itu ambil gambar secara sembunyi," komen netizen. Susulan kecaman tersebut, syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kulit itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah wanita berkenaan turut dibuang kerja kerana melanggar peraturan dan polisi syarikat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!