suria

Madonna ‘control’ teman lelaki, letak beberapa syarat tak masuk akal ketika bersama

Madonna inginkan teman lelaki yang setia.

SERIK gagal dalam percintaan, penyanyi Madonna dilaporkan terpaksa mengawal ketat tingkah laku teman lelakinya iaitu bintang bola sepak Akeem Morris.

Radar Online melaporkan Madonna, 66, menetapkan beberapa peraturan yang wajib dipatuhi Akeem, 28, sepanjang menjalinkan hubungan.

Menurut sumber, Akeem dilarang menonton rancangan sukan atau televisyen ketika mereka bersama.

Copy of Untitled - 2024-09-06T173430.093

Madonna menghargai teman lelaki dengan memberikan hadiah.

"Dia sangat tegas, dia tinggal di rumah Madona tapi tak bermaksud dia boleh tidur di atas katil penyanyi itu.

"Bila Madonna pergi tidur dan terjaga, dia kena buat benda yang sama," katanya.

Bagaimanapun, Akeem dilaporkan tiada masalah untuk mengikut telunjuk Madonna malah cinta mereka dikatakan semakin berputik-putik.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tengok persembahan lucah, peminat saman Madonna

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna mohon saman peminat ditolak, tak pernah janji muncul 'on time' di atas pentas

Sebagai ganjaran, Madonna sering menghadiahkan teman lelakinya dengan barangan berjenama serta percutian mewah.

Untuk rekod, pasangan ini mula berkenalan pada 2022 dalam sebuah sesi pengambaran.

Hubungan mereka semakin rapat dan mereka dilaporkan mula serius selepas Akeem dilihat meraikan sambutan hari jadi Madonna pada 16 Ogos lalu di Italy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain