suria

Album ‘country’ Beyonce tak dapat pencalonan di CMA, peminat tuduh juri bersifat perkauman

Beyonce tidak tercalon untuk CMA Awards 2024.

KETIADAAN nama penyanyi Beyonce dalam mana-mana pencalonan di The Country Music Association Awards (CMA) yang diumumkan Isnin lepas mengejutkan pelbagai pihak.

Peminat menuduh pihak juri anugerah tersebut bersifat perkauman apabila tidak memberi sebarang pencalonan terhadap album Cowboy Carter.

Ini kerana mereka merasakan album tersebut selayaknya mendapat pencalonan malahan memenangi anugerah Album Country Terbaik.

Album Cowboy Carter dilancarkan pada Mac 2024.

Album Cowboy Carter dilancarkan pada Mac 2024.

"Rasa macam tak percaya apabila album Cowboy Carter diabaikan CMA. Post Malone pun dapat empat pencalonan... Jelas ini bersifat perkauman!

"CMA nampaknya memang benci dengan Beyonce sebab album tersebut mendapat sambut lebih hebat berbanding artis country lain," komen peminat.

Untuk rekod, single pertama daripada album berkenaan, Texas Hold 'Em menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto kotak hitam tular, Beyonce bawa sendiri tempat duduk tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Seksi! Beyonce berani sarung baju warna kulit, peminat bagi cadangan jadikan koleksi muzium

Malah album itu sendiri turut meraih kedudukan pertama menerusi carta Billboard Hot 200.

Untuk info, artis seperti Luke Combs, Shaboozey, Kacey Musgraves, Dan + Shay merupakan antara penyanyi country tercalon untuk edisi tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain