PELAKON Ahn Se Ha dituduh melakukan keganasan dengan membuli rakan-rakan ketika di sekolah menengah. Bagaimanapun, agensi aktor itu iaitu Hunus Entertainment segera menangani perkara berkenaan dengan menafikan perkara itu dengan tegas. Malah pihak agensi itu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah tersebut selepas tersebarnya berita palsu mengenai artis mereka. Se Ha dituduh jadi pembuli sewaktu di zaman sekolah menengah. “Dakwaan keganasan sekolah terhadap Se Ha adalah tidak berasas. Kami akan mengambil tindakan undang-undang untuk fitnah dan akan bertindak balas dengan tegas terhadap penyebaran maklumat palsu.” katanya. Sebelum ini pada Isnin, seorang individu menulis di akaun media sosialnya mendakwa dia pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan Se Ha, 38, dan menuduh pelakon itu membulinya. ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Jong Seo pula dituduh kaki buli, suka curi pakaian sukan pelajar ARTIKEL BERKAITAN: Kim Hieora mengaku pernah sertai kumpulan buli di sekolah, peras ugut dan minta wang rakan perbuatan memalukan Penulis itu turut memperincikan beberapa insiden di mana Se Ha didakwa menderanya secara lisan, mengugutnya dengan pecahan kaca, dan memaksanya untuk bergaduh. Tidak terhenti disitu, penulis itu menyatakan dia mengalami trauma yang berlarutan daripada insiden tersebut dan tidak dapat melupakan ancaman dan penghinaan yang dialaminya. Untuk rekod, Se Ha memulakan kerjaya pada tahun 2011 dengan drama ‘New Boeing Boeing’ dan sudah muncul dalam pelbagai drama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!