SEDIA untuk bergelar ibu, penyanyi dan pelakon Selena Gomez bagaimanapun memberitahu dia tidak boleh hamil atau melahirkan anak kerana berdepan masalah kesihatan. Susulan itu, dia terbuka untuk mencuba kaedah ibu tumpang atau mengambil anak angkat dalam merancang hidup berkeluarga. "Malangnya saya tidak boleh hamil anak sendiri. Saya ada banyak masalah kesihatan yang boleh menjejaskan diri atau kandungan. Itu perkara yang membuatkan saya sedih. Selena mula rancang bina keluarga. "Saya bersyukur ada yang sanggup jadi ibu tumpang atau anak angkat. Itu kemungkinan yang akan saya lakukan," katanya. Sama seperti wanita lain, bergelar ibu adalah salah satu impian Selena sebagai pelengkap kehidupan di masa akan datang. Penyanyi ini juga akan pastinya dirinya menjadi ibu terbaik dan memberi kasih saya sepenuhnya kepada anak yang akan jadi miliknya nanti. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan model...” - Ramai tegur Selena Gomez naik berat badan, rupanya ada penyakit lupus ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tak pernah lupa jasa rakan baik derma buah pinggang "Saya teruja untuk melalui perjalanan hidup ke arah itu, namun jalan saya berbeza. "Walau apa pun bayi itu akan jadi milik saya," ujarnya. Selena sebelum ini mendedahkan menghidap penyakit lupus yang memberi kesan kepada organ hati, buah pinggang dan bahagian sendi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!