PENYANYI Gilga Sahid tampil memohon maaf selepas insiden menghempas mikrofon ketika membuat persembahan dalam sebuah acara yang berlangsung di daerah Cirebon, Indonesia pada 7 September lalu. Mengakui kesilapan sendiri, Gilga memberitahu tindakan spontan itu dilakukan sebagai tanda protes terhadap penganjur yang menghentikan persembahannya secara tiba-tiba. "Itu salah satu cara saya memberitahu penganjur bahawa saya benci dengan keputusan yang merugikan banyak pihak. Gilga kecewa gagal hiburkan peminat. "Saya hempas mikrofon secara spontan untuk menunjukkan saya kecewa. Maaf kerana tidak sopan," katanya. Bagi Gilga dia gagal menghiburkan peminat yang hadir pada acara berkenaan tatkala mereka sedang rancak menyaksikan persembahannya ketika itu. Tambah suami kepada penyanyi Happy Asmara ini, pihak penganjur seharusnya memberi amaran awal akan situasi yang berlaku tanpa menimbulkan salah faham. ARTIKEL BERKAITAN: Rian D'Masiv hampir terkena api di atas pentas, mata pedih tapi tetap ‘perform’ 10 lagu ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tunjuk bukti masih subur, balas tuduhan mandul "Emosi saya terbawa-bawa kerana merasa gagal menghiburkan peminat. "Jika penganjur mahu tamatkan persembahan seharusnya tidak di tengah-tengah lagu. Kesian kepada mereka yang sudah membayar tiket dan datang dari jauh," ujarnya. Sementara pihak penganjur memaklumkan mereka terpaksa berbuat demikian selepas mendapat arahan pihak polis kerana acara berkenaan berlarutan melebihi masa yang dibenarkan. Gilga tampil membuat persembahan pada pukul 10 malam dan progam hanya mendapat kebenaran sehingga pukul 11 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!