suria

Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran bayi perempuan

Perkongsian ringkas Ranveer dan Deepika memaklumkan kelahiran anak mereka.

PASANGAN pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone dan Ranveer Singh berkongsi khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Secara ringkas mereka memaklumkan tentang kelahiran bayi perempuan itu pada Ahad.

"Selamat datang anak perempuan," tulis pada satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram kedua-duanya.

deepika 2

Deepika dan Ranveer teruja sambut anak sulung mereka.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka.

Pada Februari lalu mereka berkongsi tentang kehamilan anak pertama dan turut menulis bakal bergelar ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone tepis kamera peminat, marah video dirakam

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja nak jadi ibu, Deepika Padukone tolak tawaran berlakon drama antarabangsa

Awal September lalu, mereka berkongsi gambar berdua menunjukkan baby bump seakan memberitahu bayi berkenaan akan dilahirkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod Deepika dan Ranveer berkahwin pada 2018 dalam satu majlis tertutup di lake Como, Itali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain