suria

Seol In Ah derita insomnia, telan pil tidur setiap hari sejak 5 tahun lalu

In Ah pernah tidak mampu melelapkan mata selama empat hari jika tidak makan pil tidur.

DI mata peminat kehidupannya dilihat sangat aktif dan sihat namun siapa sangka pelakon Seol In Ah rupa-rupanya menderita penyakit insomnia.

In Ah, 28, mendedahkan sejak lima tahun lalu dia banyak bergantung kepada pil tidur bagi membantunya melelapkan mata pada waktu malam.

"Bayangkan perasaan saya terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk tidur.

"Saya fikir saya tak cukup penat untuk tidur dan disebabkan itu saya sentiasa sibukkan diri dengan harapan dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam.

size NP 1 - 2024-09-08T145917.467

In Ah mempunyai masalah sukar tidur sejak lima tahun lalu.

"Orang tengok macam saya rajin dan menjalani gaya hidup sihat tetapi semua itu saya buat sebab mahu berasa letih dan tidur dengan nyenyak selepas seharian bekerja.

"Tetapi pada akhirnya saya tetap kembali kepada ubat tidur atau saya akan berjaga sepanjang malam tanpa rehat," katanya.

Enggan bergantung kepada pil tidur, In Ah memberitahu dia pernah cuba berhenti mengambil ubat dan akibatnya dia berjaya selama empat hari berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur adalah keutamaan hidup! Dakota Johnson boleh lena lebih 14 jam sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar tak tidur 2 hari, berdepan masalah insomnia... Tetap gigih bekerja selagi ada kudrat

"Saya tidak dapat fokus apabila melakukan sesuatu setiap kali mengambil pil tidur. Jadi sejak tahun lepas, saya berhenti dan cuba untuk tidur dengan cara semula jadi.

"Tapi apa yang berlaku adalah saya berjaga selama tiga atau empat malam," ujarnya.

Selain itu, In Ah berkongsi sistem pertahanan badannya juga mula merosot akibat terlalu banyak bergantung kepada ubat-ubatan.

Bayangkan perasaan saya terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk tidur.

SEOL IN AH

PELAKON

Malah selepas berjumpa dengan pakar, dia diberi 24 pil ubat sehari untuk mengurangkan kesan masalah kulit dihidapi.

"Itu benar-benar merosakkan sistem imun saya. Saya terpaksa berjumpa doktor kerana timbul pula masalah lain.

"Akhirnya, saya terpaksa makan 24 biji pil ubat setiap hari untuk mengurangkan simptom yang dialami," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain