suria

Ayu Ting Ting tengah angau, tak boleh lupa bau wangi Ji Chang Wook

Ayu teruja dapat memeluk Chang Wook.

PENYANYI Ayu Ting Ting tidak keruan selepas bekerjasama dengan pelakon asal Korea Selatan iaitu Ji Chang Wook menerusi sebuah program televisyen baru-baru ini.

Kata Ayu, dia sukar melupakan Chang Wook malah sehingga kini dia masih teringat haruman minyak wangi dipakai aktor tersebut.

"Pertama kali saya bertemu artis Korea, siap dapat pegang dan peluk dia lagi.

Copy of Untitled - 2024-09-07T164528.391

Ayu tidak dapat tidur lena kerana terkenangkan Chang Wook.

"Bau badannya wangi, kelakar pula orangnya. saya sampai tak boleh tidur lena sebab teringatkan dia.

"Dia wangi sangat sampaikan bau perfume yang dia pakai saya masih boleh dapat hidu," katanya.

Mengulas tindakan dia memeluk Chang Wook, Ayu menjelaskan dia sudah mendapatkan kebenaran melakukan adegan tersebut daripada pihak pengurusan pelakon tersebut.

Ayu turut menyifatkan Chang Wook sebagai seorang lelaki yang ramah dan murah dengan senyuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jejak kaki ke Las Vegas, Ayu Ting Ting kena rompak

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jawab tuduhan adik bekas tunang, berpisah bukan sebab masalah kewangan

"Setiap kali nak peluk, saya minta izin terlebih dahulu daripada pihak pengurusannya. Kalau tanpa izin saya pun tak berani menyentuhnya.

"Awalnya saya ingatkan dia seorang yang sombong maklumlah Chang Wook sangat popular.

"Tetapi tidak, dia seorang lelaki yang baik dan tak pernah lekang dengan senyuman," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain