suria

Hampir setahun hilangkan diri, Youtuber Nikocado Avocado tayang badan kurus

Ramai terkejut melihat penyusutan berat badan Nikocado.

SELEPAS 11 bulan menghilangkan diri, Youtuber mukbang sensasi Nikocado Avocado mengejutkan ramai dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.

Serik menjadi mangsa buli dan cacian masyarakat, Nikocado menyifatkan penurunan berat badannya sebanyak 100 kilogram sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Jelasnya, dia semakin yakin dan tidak takut dengan persepsi orang ramai terhadapnya.

Copy of Untitled - 2024-09-07T162304.521

Nikocado tampil imej terkini menerusi video YouTube terbaharu.

"Hari ini saya bangun daripada tidur yang lama. Saya bangun dalam keadaan saya hilang lebih 100 kilogram.

"Rasa macam baru semalam orang hina saya gemuk, banyak penyakit, hodoh, membosankan dan macam-macam lagi.

"Walaupun mereka hina, saya tetap berjaya menjadi seorang yang lebih baik daripada mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber dedah jadi mangsa dera, bekas kekasih puas kaut RM13.6 juta bunuh diri

ARTIKEL BERKIATAN: “Saya tak ada masalah ambil 5,000 kalori pada satu masa” - Banyak buat video mukbang, Issac Osman kongsi rahsia kekal berat badan

Nikocado berkongsi perasaannya itu menerusi video mukbang terbaharu yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada Sabtu.

Menerusi video berkenaan, Nikocado pada awalnya memakai topeng panda gergasi bagi menyembunyikan wajahnya.

Dia kemudian membuka topeng tersebut dan sekali gus memperlihatkan penampilan terkininya yang cukup berbeza berbanding sebelum ini.

Copy of Untitled - 2024-09-07T162527.986

Nikocado popular dengan video mukbang makanan dalam kuantiti yang banyak.

Nikocado kemudiannya meneruskan video sambil menikmati sepinggan besar mi kicap.

Pengikut setia youtuber berkenaan memuji usahanya mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun ada juga tidak dapat menerima imej terbaharunya sehingga ada menuduhnya mengambil barang terlarang untuk kurus.

Nikocado juga tidak menjelaskan secara terperinci kaedah dilakukan sehingga berjaya mengurangkan berat badannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain