suria

Mahu jual buku, lelaki sanggup menipu mengaku bapa Jennie Blackpink

Jenni bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

DEMI melariskan buku yang dijual, seorang individu mendakwa dirinya merupakan bapa kepada anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie.

Lebih mengelirukan, individu tersebut memberitahu dia dan Jennie sudah lama terpisah sejak penyanyi itu masih kecil.

Pengakuan tersebut mengundang kekeliruan dalam kalangan peminat sehingga ada yang termakan dengan penipuan lelaki tersebut.

Copy of Untitled - 2024-09-06T164819.892

Jennie menegaskan dia tiada sebarang kaitan dengan individu itu.

Tampil bersuara, syarikat pengurusan Jennie iaitu AO Entertaiment menegaskan dakwaan yang dibuat lelaki itu adalah palsu dan tidak benar.

Malah pengakuan yang dibuat hanyalah sebagai taktik mempromosikan jualan bukunya.

"Kami ingin menjelaskan bahawa semua perkara di atas tidak betul dan buku yang diterbitkan tidak ada kaitan dengan Jennie.

"Kami meminta peminat untuk tidak membeli buku tersebut bagi mengelakkan sebarang kerugian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu muat naik kredit filem ‘Deadpool & Wolverine’, papar nama Jennie Blackpink sebagai pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Jennie dah pandai hisap vape, pihak pengurusan tampil mohon maaf

Dalam pada itu, pihak Jennie bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas kesalahan menyebarkan berita palsu.

"Kami telah memfailkan saman jenayah terhadap pengedar buku ini atas penyebaran maklumat palsu, fitnah, dan gangguan perniagaan

Tindakan individu itu adalah jenayah yang jelas dan kami dalam usaha untuk mengumpul kesemua bukti," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain