BERANG kerana sering kali dituduh mempunyai masalah kesihatan wanita, penyanyi dangdut Dewi Perssik tampil membuktikan dirinya tidak mandul. Secara terbuka, Dewi atau mesra disapa Depe, 39, menunjukkan laporan pemeriksaan organ dalamannya itu masih berfungsi secara baik dan subur. "Selepas tamat penggambaran saya ke tempat melakukan ujian pemeriksaan wanita. Syukur hasilnya semua baik. Hari ini ada folikel rahim yang tumbuh. Ertinya saya bakal masuk waktu subur. Depe lakukan rutin ujian kesuburkan dan kesihatan. "Itu tandanya saya tidak mandul," katanya menerusi satu hantaran di Instagram berserta foto imbasan ujian yang dilakukan. Dalam masa sama dia juga meluahkan rasa kesal apabila ada yang tergamak menuduh dirinya pernah menggugurkan kandungan sepanjang perkahwinan terdahulu. "Mana hati dan perasaan orang yang mengatakan saya mandul. Sebelum ini pernah digosipkan menggugurkan kandungan, sekarang dipanggil pula perempuan mandul. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada anak daripada 3 perkahwinan, Dewi Perssik jalani proses bekukan telur ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun kahwin, Dewi Perssik dituduh mandul kerana tiada anak... dedah alasan belum ‘ready’ hamil! "Yang bercakap tentang saya adalah golongan wanita. Ingat... hukum menabur fitnah itu ada. Takut menimpa diri kami atau orang yang disayangi," ujarnya. Untuk rekod, Depe pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun tidak dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!