SELEPAS memfailkan penceraian terhadap Ben Afleck bulan lalu, penyanyi Jennifer Lopez muncul buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Kehadirannya mencuri perhatian apabila Jennifer, 54, mengenakan gaun seksi atau 'revenge dress' yang dilihat sebagai tanda balas dendam terhadapnya Ben. Penyanyi itu tampil dengan gaun panjang berwarna perak, dihiasi reben hitam besar pada bahagian sisi baju tersebut. Jennifer tampil berani dengan gaun terdedah. Apa yang menarik perhatian, kedua-dua bahagia tepi gaun tersebut terdedah sehingga menampakkan bentuk badan penyanyi itu. Penampilan berani Jennifer bukan sahaja membuatkan netizen terkesima malah ramai yang memuji kecantikkan penyanyi itu meskipun usianya sudah menginjak 50-an. "Macam ini punya cantik pun masih kena tinggal, mesti Ben menangis dekat bucu katil tengok JLo," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan gaya hidup glamor isteri didakwa jadi punca hubungan Ben Affleck dan Jennifer Lopez mula renggang Pada 20 Ogos lalu, Jennifer memfailkan penceraian terhadap Ben di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!