VOKALIS kumpulan D'Masiv iaitu Rian berdepan detik cemas apabila hampir terkena semburan api yang tiba-tiba menyala ketika sedang membuat persembahan pentas di Bangka Belitung, Indonesia pada Jumaat lalu. Berkongsi video kejadian di Instagram miliknya, Rian bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah dia tetap menghabiskan 10 buah lagu pada persembahan tersebut walaupun berada dalam keadaan tidak selesa. Rian meneruskan persembahan selepas insiden berkenaan. "Mata kiri memang rasa pedih sebab hampir terkena semburan api tapi tetap boleh meneruskan konsert sehingga 10 buah lagu. "Alhamdulillah masih diberikan keselamatan dan kesihatan," katanya. Menerusi video tersebut, Rian kelihatan terkejut apabila semburan api tiba-tiba menyala di tempat dia sedang berdiri. ARTIKEL BERKAITAN: D'Masiv tak mungkin berpecah, 21 tahun masih kekal bersama anggota asal... Sanggup kongsi nasi bungkus berlima ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting tengah angau, tak boleh lupa bau wangi Ji Chang Wook Dia kemudiannya terus beredar ke belakang pentas sebelum tampil semula meneruskan persembahan. Tambah Rian, dia berharap insiden itu dapat dijadikan pengajaran buat semua kru produksi agar lebih peka terhadap keselamatan penyanyi dan pemuzik yang berada di atas pentas. "Saya baik-baik sahaja, kejadian ini boleh dijadikan pengajaran agar kru, pengurus pentas dan semua pihak lebih peka demi memastikan keselamatan pemuzik. "Semoga tidak terjadi lagi kejadian yang bahaya seperti sebelum ini," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!