PASANGAN selebriti Korea Selatan Gong Min Jeong dan Jang Jae Ho sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 6 September lalu. Pasangan tersebut berkongsi berita gembira tersebut dengan menaik foto pada majlis perkahwinan mereka di laman sosial masing-masing. Menerusi foto berkenaan, kedua-dua mereka kelihatan cerita dan dikelilingi hiasan bunga segar. “Pengantin wanita paling cantik dalam dunia dah tiba, itulah isteri saya,” katanya. Pasangan ini bertemu ketika sama-sama menjayakan drama Marry My Husband. Min jeong kelihatan anggun dengan menyarungkna busana bewarna putih bersama rantai jenis coker yang menyerlahkan lagi aura pengantinnya. Mengimbau perjalanan percintaan mereka, Min Jeong bersyukur ditakdirkan untuk bertemu dengan Jae Ho menerusi drama Marry My Husband. “Selepas kita berjumpa menerusi drama Marry My Husband, kami terus jadi kawan rapat. ARTIKEL BERKAITAN: Watak drama bertukar realiti, pelakon ‘Marry My Husband’ kahwin September depan ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran bayi perempuan "Dia selalu buat saya ketawa dan layan saya dengan baik. Dia seorang yang sangat istimewa,” ujarnya. Barisan pelakon drama berkenaan turut hadir meraikan perkahwinan pasangan itu termasuklah Park Min Young, Choi Kyu Ri dan Ha Do Kwon. Sebelum ini, khabar perkahwinan Min Jeong dan Jae Ho mencuri perhatian ramai memandangkan mereka pernah memegang watak suami isteri dalam drama Marry My Husband. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!