CEBURI bidang baharu, pelakon Nikita Mirzani bakal memulakan perniagaan makanan dengan membuka sebuah restoran tidak lama lagi. Lebih menarik, restorannya tertumpu kepada penyajian makanan asli Indonesia iaitu mi ayam dan bakso. Dalam pada sibuk melakukan persiapan untuk pembukaan restorannya, Nikita turut menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Nikita tegas beri amaran kepada bakal pekerja. “Seminggu dari sekarang saya akan buka restoran mi ayam dan bakso, jadi saya tengah cari perkerja. Ada ke yang mahu?” katanya menerusi sesi siaran langsung. Menurut Nikita, dia hanya mencari individu yang amanah serta berperangai baik untuk dijadikan pekerja. Jelasnya, dia sanggup untuk menghukum pekerja yang tidak jujur malah menyiksa mereka sekiranya ingkar arahan. ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tunjuk bukti masih subur, balas tuduhan mandul ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar bengang muncul gosip mahu jadikan Ria Ricis isteri kedua... “Fitnah apa lagi ini?” “Kerja dengan baik, jangan sampai ada yang mencuri, menipu, kaki bergaduh dengan orang lain. “Kalau saya tahu...sebelum saya pecat, saya akan siksa anda dahulu baru saya lepaskan. Jangan main-main dengan majikan seperti saya,” jelasnya. Sementara itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara Nikita menawarkan kerja malah ada yang menyifatkan pelakon itu sebagai majikan yang kejam dan tidak berhati perut. “Belum apa-apa dia dah ugut, lebih baik menganggur dari ada majikan terpaling bagus macam ini!” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!