suria

Pelakon suara ‘Darth Vader’ James Earl Jones meninggal dunia

James meninggal dunia pada usia 93 tahun.

PELAKON James Earl Jones dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Isnin.

Menurut wakil syarikat pengurusannya, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun namun tidak berkongsi punca kematian aktor berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan James turut menderita penyakit diabetes.

james - 1

Punca kematian James masih belum dikenal pasti.

Berita kematian James turut mendapat penghormatan di media sosial termasuk beberapa selebriti, rakan kerja dan peminat meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah buat keluarga mendiang.

Untuk rekod, James meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Flynn Jones dan isterinya pelakon Celia Hart meninggal dunia pada tahun 1982 akibat kanser.

Sebelum ini, James terkenal sebagai pelakon yang meminjamkan suarannya bagi watak Darth Vader dalam siri filem popular Star Wars.

ARTIKEL BERKAITAN: Remuk hati Mariah Carey terima berita duka, ibu dan kakak meninggal dunia hari sama

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Seinfeld' meninggal dunia dalam pelukan isteri

Selain itu, mendiang turut menyumbangkan suara dalam beberapa watak animasi termasuk filem The Lion King.

Untuk info, James juga pernah memenangi Anugerah Emmy dan Grammy serta Oscar kehormat dalam kategori pencapaian seumur hidup.

Pada tahun 1971, pelakon tersebut menjadi lelaki kulit hitam kedua yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi pencalonan Pelakon Terbaik selepas Sidney Poitier.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain