suria

Dikecam rakam semula lagu Acha Septriasa, Mahalini terfikir untuk bersara menyanyi

Mahalini dikecam gara-gara menyanyikan semula lagu Acha.

PENYANYI Mahalini seakan-akan memberikan gambaran untuk bersara selepas nyanyiannya menerusi lagu rakaman semula Sampai Menutup Mata menerima kecaman ramai.

Menurusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Mahalini dikatakan meluahkan isi hati dan memberi gambaran lagu tersebut merupakan karya terakhir nyanyiannya.

"Sekarang saya tengah berfikir sama ada ini merupakan karya terakhir saya ya? Rasanya sudah cukup, lebih baik saya mendekatkan diri dengan yang di atas (Allah) daripada terlalu fokus kepada duniawi," katanya.

mahalini1 - 1

Mahalini meluahkan perasaan di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Rizky Febian ini turut memberitahu dia sudah penat dan mahu lebih tenang di rumah menjadi suri rumah yang menguruskan perihal keluarga.

"Rasanya saya sudah penat dan ingin tenang-tenang sahaja di rumah jadi suri rumah yang menjaga anak-anak," ujarnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian sebuah akaun gosip di Instagram yang memuat naik semula hantaran penyanyi lagu Sial ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan wajah Mahalini masih jadi bualan netizen, kali ini dikatakan mirip Lucinta Luna

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur perubahan selepas bedah hidung, Mahalini nampak canggung dan tak mesra

Menjengah di ruangan komen, luahan penyanyi tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang bersetuju sekiranya Mahalini memberi fokus kepada rumah tangganya.

"Kalau memang sudah banyak duit memang lebih senang duduk di rumah sahaja Mahalini, biar suami sahaja yang kerja.

"Impian saya juga, duduk di rumah uruskan anak-anak. Penat kalau jadi isteri dan kena bekerja pula," tulis netizen.

Pada Jumaat lalu, Mahalini melancarkan lagu Sampai Menutup Mata yang sebelum ini dinyanyikan oleh penyanyi Acha Septriasa.

Lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi filem Heart namun versi nyanyian Mahalini tidak dapat memuaskan hati netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain